Lewis Pragasam

Lewis Pragasam ialah antara pemain dram yang terkenal di Malaysia.[1]Pada tahun 1979 pemain dram Prasasam memulakan Projek Asiabeat.[2]Ia pada mulanya bermula sebagai kumpulan perkusi… bereksperimen dengan pelbagai kombinasi instrumen dan irama etnik Asia, dan muzik Barat seperti jazz-rock.[3]Pada tahun 1980 Lewis menganjurkan konsert untuk melancarkan Projek Asiabeat secara rasmi, yang terdiri daripada ensembel lebih 60 pemuzik. Ini merupakan peristiwa bersejarah bagi muzik Malaysia kerana ia adalah kali pertama budaya berbeza disatukan di bawah satu bumbung untuk membuat persembahan secara ‘live’.Pada tahun 1982, rakaman sulung Asiabeat telah dikeluarkan menampilkan ensembel seluruh Malaysia dengan tetamu khas Amerika/Jepun eksponen 'Shakuhachi' John 'Kaizan' Neptune dan pemain perkusi India.Projek Asiabeat mempunyai 5 rakaman yang dikeluarkan di seluruh dunia sejak 1982 iaitu: Asiabeat, Dare To Dream, Spirit Of The People, Drumusique dan Monsoon.Asiabeat juga telah edarkan dua album digital, Urban Beyond dan Akar.Pragasam merupakan seorang pemuzik yang dihormati dari Asia dan ia telah membuat persembahan bersama ramai artis terkenal antarabangsa seperti Tony Levin, Randy Crawford, Billy Cobham dan Ernie Watts.[4][5]Beliau adalah antara kumpulan pemuzik seperti Terry Thaddeus dan Paul Ponnudorai, yang membantu mewujudkan reputasi antarabangsa untuk pemuzik Malaysia.[6]Selepas sebuah serang jantung, Pragasam, 66, meninggal dunia di Hospital Beacon, Petaling Jaya, Selangor, pada 3 pagi, 18 Disember 2023.[7]